Sunday, December 5, 2010

Lama Tak Menulis dan Up Date blog ni

Salam kepada semua ahli KRC, nampaknya bulan ni hujan tak bolehlah nak berkonvoi ke mana mana, Plan asal nak konvoi ke rumah Siti bulan lepas, tapi tak jadi, kerana ahli pakat sibuk dengan kerja masing2. Dan diharapkan semua ahli Krc akan aktif semula pada tahun hadapan.Mungkin hari ni ada aktiviti panas engin untuk semua moto Krc. Tapi mungkin tidak engin sahaja yang panas tapi hati jugak ramai yang panas , tidak gitu wahai ahli semua? kerana tengah-tengah bulan ni semua jem, bukan jem makan tapi jem pitih, walaubagaimana pun s/u berharap semua ahli sejukkan hati dengan air hujan yang mencurah-curah setiap hari, Hidupppppppppppp KRC, nanti tunggu member kita kawin tapi entah bila? walaupun begitu kita mesti menunggu saat bahagia tersebut walaupun lambat!

Thursday, October 14, 2010

Dah hampir hujung tahun tak ada aktiviti lagi

Sekarang KRC hanya adakan perjumpaan biasa pada pagi jumaat atau sebelah petang untuk minum teh sahaja , belum ada apa-apa program lagi kerana semua ahli sibuk berkerja, mungkin bulan November ni ada aktiviti kut, marilah kita sama-sama menghidupkan aktiviti kita, macam mana ni pengerusi KRC?, baik henyut sikit semua ahli aktif sikit ni buat sonyap jea, mana geng ni dah boring mari konvoi ke KL!

Tuesday, September 7, 2010

SELAMAT HARI RAYA UNTUK SEMUA AHLI KRC


Saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA untuk semua ahli KRC, maaf zahir batin jika ada tersilap kata, marilah kita saling kunjung mengujung sesama kita di hari raya ini

Wednesday, September 1, 2010

Majlis Berbuka Puasa

27 Sept- Satu Majlis Berbuka Puasa KRC telah diadakan pada 27 Sept lepas ( Jumaat) yang dihadiri oleh sebahagian ahli KRC, Majlis ini diadakan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahin sesama ahli khususnya dalam bulamn Ramadhan yang mulia ini. Majlis itu diadakan restoran Damar jam 7.25 malam. Dua orang ahli KRC telah membeli motor baru iaitu En Asrol dan En Azihan, Syabas kerana masih lagi menyintai bidasng permotoran. Penulis sendiri merangkap setiausaha tidak dapat hadir kerana deman, manakala En. Asrol berkerja jauh di negeri Perak dan tak dapat pulang. sekian- Selamat Maju Jaya KRC untuk Kuala Krai!

Tuesday, August 17, 2010

Bulan Puasa Stop kejap aktiviti

Pada bulan ni stop kejap aktiviti KRc, tapi adalah perjumpaan kecil sesama ahli berbincang pasal nak buat majlis buka puasa tidak lama lagi

Monday, June 7, 2010

Belarak-Konvoi Motor Kuasa Tinggi

8 Jun- Pada Hari Ahad lepas KRC telah menyertai belarak Pengantin ke rumah Cikgu Zam, seorang ahli KRC. Seramai 12 buah moto mengiringi pengantin lelaki dan konvoi belarak tersebut telah di kawal oleh seorang polis trafik En Sarudi, di sana kami ahli KRc telah menjamu selera nasi gulai kahwin, selepas itu 2 orang ahli telah berkaroeke iaitu abah fauzi dengan En Yong. Kami berlepas pulang ke destinasi masing2 jam 3.30 petang dalam keadaan hujan renyai-renyai. Akhir kata Hidup KRC selama-lama 1 Malaysia!

Friday, May 14, 2010

Konvoi ke Bikes Day and Motor Exhibitions

15c Mei- Semalam , Jumaat petang jam 3.00 petang Ahli KRC seramai lima orang, Cikgu Mie, En Mazlan, En Yie, En Radzuan dan En Asrol telah berkonvoi ke Kota Bharu untuk melawat pameran motor yang diadakan di Stadium Sultan Mohd 4 Kota Bharu, Kami sampai di Kota Bahru Jam 4.10 petang dan minum sekejap kat stadium kemudian melawat pameran motor Harley Davidson serta menonton aktiviti permotoran seperti perlumbaan moto mini dan kereta kerangka, lepas itu melawat ke gerai-gerai pameran serta jualan. Bertolak balik jam 6.00 petang dan sampai di Kuala Krai jam 7.30 malam.

Sunday, April 25, 2010

Mesyuarat KRC di Sri Thai Restoran

25 April- Hari Jumaat lepas jam 5.00 KRC telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan aktiviti pemotoran iaitu konvoi yang akan diadakan ke Tasik Kenyir pada 1 Mei ini sempena cuti Hari Perkerja. Seramai Lapan orang ahli yang hadir. KRC bercadang ingin melakukan aktiviti berkonvoi secara solo, hanya ahli kelab sahaja yang menyertai tanpa kelab motor yang lain.

Tuesday, March 23, 2010

Pengerusi KRC Baru

24 MacE- Semalam satu mesyuarat di adakan di Damar Restoran. Dalam mesyuarat tersebut KRC telah melantik pengerusi baru selepas pengerusi lama Cikgu Zehan telah menarik diri selepas menjual motornya. En Ady Sulaiman telah dilantik sebagai pengerusi baru dibantu oleh En Sopian sebagai bendahari. Semua ajk bersetuju dengan perlantikkan tersebut. Kami merasa sungguh sedih kerana seorang pengerusi yang berkaliber menarik diri di saat KRC mula berkembang, walaubagaimana pun semua ahli memahami masalah yang dihadapinya dan kami berharap Cikgu Zehan akan join balik kelab KRC semula apabila beliau membeli moto baru, mungkin Superbike atau Vulcan 800 Classic. Motor adalah santapan jiwa kita, tak ada motor, tak bunyi ejos, tak bunyi ejos jiwa rasa kosong, kita adalah bikers, puas bang takdok motor, harap KRC terus maju dan dapat menjalankan pelbagai aktiviti untuk kebaikkan dan kepuasan semua ahlinya " Majuuuuu...KRC"

Sunday, March 7, 2010

JEMPUTAN MAULIDURASUL KE RUMAH CIKGU AZAMY


5 Mac- Pada hari Jumaat lalu, KRC telah dijemput untuk majlis Maulidurasul yang diadakan di rumah Setiausaha KRC, Cikgu Azamy pada sebelah petang Jumaat. Semua ahli berkumpul di Damar Restoran pada jam 3.00 petang dan bertolak jam 3.30 petang, sampai jam 3.45 petang. Seramai 10 orang ahli hadir dan diraikan dengan jamuan nasi. KRC bertolak pulang jam 4.45 petang melalui RKT Mengkebang menghala ke Lebuhraya Kuala Krai Gua Mujsang dan terus ke Kuala Krai, sekian, selamat maju jaya KRC

Saturday, February 27, 2010

Jemputan Kenduri Ke Rumah Ustaz Rosdie

27 Feb. Pada hari jumaat lepas 26 Feb KRC telah dijemput untuk jamuan Maulidurasul ke rumah salah seorang Ahli KRC iaitu Ustaz Rosdie, Seramai 12 orang telah menyertai konvoi ke Sg mengkuang untuk jamuan tersebut, Kami KRC bertolak dari Damar Restoran Jam 3.30 petang dan sampai jam 4.00 petang. Bertolak balik jam 5.15 petang dan sampai di Kuala Krai Jam 5.45 petang. Suasana konvoi dalam keadaan tenang dan selamat. Maju jaya untuk KRC!

Tuesday, February 23, 2010

Kelantan Bike Week


24 Feb- Pada awal bulan lalu KRC telah menyertai konvoi menjelajah kelantan Sempena Kelantan Bike Week, seramai lapan orang ahli KRC telah menyertainya

Saturday, February 6, 2010

Ride to Cameron Highland


7 Feb- Pada 29 dan 30 januari lepas KRC telah menyertai Konvoi ke Cameron Highland yang disertai oleh 7 ahli KRC bersama dengan MBC, KBC dan BBC. Ini merupakan konvoi kali ketiga yang disertai oleh ahli-ahli KRC

Monday, January 25, 2010

Pertemuan Mingguan Di Damar Kopitiam

26 Januari- Hari ini ada pertemuan para ahli untuk berbincang sesama ahli untuk program berkonvoi ke Cameron Highland, pertemuan akan diadakan di Damar Kopitiam Restoran pada pukul jam 5.30 petang. Diharap[kan semua ahli akan hadir pada hari ini, demi kejayaan program yang telah dirancangkan.

Sunday, January 17, 2010

Mesyuarat Konvoi ke Cameron Highland

18 Jan- Satu mesyuarat diadakan di Damar Kopitiam pada selasa minggu lepas bagi menetapkan ahli yang akan berkonvoi ke Cameron Highland pada 29 dan 30 Jan ini yang dihadiri oleh Pengerusi sendiri Cikgu Han, S/U Cikgu Mie, bendahari En Asrol , En Duan, En Sufian, Cikgu Zam dan naib pengerusi En. Fauzi. seramai lima orang sahaja ahli yang dapat pergi iaitu Cikgu Han, En. Fauzi, En. Asrol , Cikgu Zam dan En Duan manakala yang lain belum pasti lagi