Wednesday, November 11, 2009

Aktiviti Pertemuan Biasa Sambil Minum

12 November- KRC sekarang tengah berehat kerana hujan dan aktiviti konvoi terpaksa rehat. Ahli Krc cuma bertemu untuk berbincang tentang motor sahaja Setiap hari selasa setiap minggu ada pertemuan pada jam 5.00 petang. Ada permohonan dari rider baru untuk menjadi ahli KRC. masih dalam perbincangan. Mesyuarat Kelantan Bikers telah diadakan di Pasir Mas yang dihadiri oleh wakil KRC iaitu Abah Zie dan Poknik pada hari Jumaat yang lalu.

Saturday, October 17, 2009

Berkonvoi ke Pantai Sri Tujuh Tumpat dan Rantau Panjang


16 Okt- KRC telah mengadakan aktiviti berkonvoi ke pantai Sri Tujuh yang disertai oleh 10 orang ahlinya.Kami bertolak jam 7.45 pagi Dalam perjalanan moto Abe lie Ktm meragam dan terpaksa berpatah balik, begitu juga dalam perjalanan balik moto Abe Yong telah bocor dan dapat diperbaiki dekat Nilam Puri. Suasana konvoi dalam keadaan tenang dan pada kelajuan yang rendah kerana tidak mahu ahli-ahli lain ketinggalan disebabkan tidak mampu mengejar motor yang lebih besar. Di Tumpat kami hanya minum dan terus ke Rantau Panjang. Di sini kami sempat meronda-ronda dan membeli belah. kami bertolak balik jam 3 petang dan sempat menjamu selera di kenduri saudara Abe Fauzi di Machang dan sampai di Kuala Krai jam 6.30 petang. Banyak pengalaman yang dikutip dalam perjalanan ini yang penuh rasa keperitan kepanasan cuaca sehingga suhunya mencecah 36 darjah celcius dan kami bermandi peluh setiap masa.

Tuesday, October 13, 2009

Mesyuarat KRC Bincang Konvoi

14 Oktober- Satu mesyuarat telah diadakan hari ini jam5.30 tentang aktiviti konvoi. Pada mulanya KRC nak berkonvoi ke Cameron Highland tetapi terpaksa dibatalkan kerana musim sekarang sedang hujan lebat di Cameron, jadi kami sepakat berubah haluan konvoi ke Pantai Sri Tujuh, Tumpat dan ke tempat lain dengan slogan "Berkonvoi Menjelajah Kelantan"

Tuesday, October 6, 2009

KRC bermesyuarat berkonvoi ke Cameron Highland

06 Oktober, seramai 8 orang ahli kRC telah bermesyuarat di tempat biasa jam 5 petang hari ini untuk membincangkan program berkonvoi ke Cameron Highland pada 16 Oktober ini. Semua ahli bersetuju menyertainya. Dan mesyuarat kedua sebelum ke Cameron pada hari selasa depan pada tempat dan jam yang sama minggu depan.

Saturday, September 26, 2009

Masih Suasana Raya


27 Sept= Hari ini masih berada suasana Hari Raya, salam raya untuk semua ahli KRC. Mesyuarat mungkin akan diadakan pada petang ini jam 5.30 petang untuk program berkonvoi ke Cameron Highland. Diharapkan semua ahli akan hadir.

Wednesday, September 16, 2009

SELAMAT HARI RAYA UNTUK SEMUA AHLI KRC


SELAMAT HARI RAYA UNTUK SEMUA AJK KRC, MAAF ZAHIR BATIN,MANA-MANA AHLI YANG INGIN MENJEMPUT AHLI YANG LAIN BERTANDANG KE RUMAH MEREKA BOLEHLAH MENELIPON ATAU HANTAR SMS

Tuesday, September 15, 2009

Convoy to Machang

















15-Ogos=KRC telah mengadakan konvoi ke Bandar Machang untuk membeli kueh berbuka puasa di Bazar Ramadan Machang pada hari ini 15 Ogos. Konvoi tersebut disertai oleh 8 orang ahli iaitu Pengerusi sendiri Cikgu Azihan, naib pengerusi Abe Fouzi, setiausaha cikgu Azamy , Bendahari-En Asrol, En. Redzuan, En. Supian, Cikgu Zam, dan Abe Lie KTM. Ahli-ahli KRC berkumpul di Tasek Kuala Krai jam 5.00 petang dan bertolak ke Machang jam 5.30 petang. Dalam berkonvoi tersebut apabila tiba di kampung Batu Jong seorang mat rempit telah memotong kumpulan kami dengan kelajuan yang amat berbahaya dan hampir melanggar En. Asrol. Kami rasa dia sengaja bertindak begitu saja nak tunjuk lagak bahawa motornya yang paling laju.Sebenarnya mat rempit tersebut adalah insan yang paling kurang ajar seolah-olah mencabar kami. Sebenarnya kami relek jea, bukan nak berlumba dengan orang gila tu. Yang paling penting dalam konvoi adalah keselamatan para ahli, kami berkonvoi untuk merasai kenikmatan menuggang motosikal yang sebenarnya di samping menghayati keindahan alam semulajadi ciptaan Allah SWT.Itulah sebahagian perangai budak-budak zaman sekarang merempit tak tentu halal, berlagak bodoh, merbahayakan orang lain. Kami bertolak balik ke Kuala Krai jam 6.15 petang dan sampai di Kuala Krai jam 6.40 petang. ok sekian dari penulis " Hidup KRC" satu Malaysia!

Saturday, September 12, 2009

Moto hendak dijual


Ini ada member MBC nak jual motonya Virago1100cc harganya RM20K, boleh nego tahun 2002, no plet 2 digit. tengok gambar

Wednesday, September 9, 2009

Majlis Berbuka Puasa Di Damar Kopitiam Restoran

10 Sept. - Majlis Berbuka Puasa KRC telah diadakan di Damar Kopitiam Restoran semalam, yang dihadiri oleh 14 orang ahli KRC. Sebelum majlis tersebut ahli KRC berkumpul di Tasik Krai jam 6.00 petang sambil berbincang program yang bakal diadakan selepas Hari Raya. Kemudian Ahli-ahli telah berkonvoi ke Baazar Ramadan untuk membeli kuih-muih untuk berbuka puasa. Selepas itu ahli-ahli KRC telah ke Damar Restoran untuk berbuka puasa, kemudian kami berbincang program yang seterusnya. Diharapkan KRC akan terus mantap untuk meneroka aktiviti dan pengalaman dalam alam pemotoran dan bercadang untuk melahirkan penunggang-penunggang yang berdisplin dan berhemah tinggi. Hidup KRC! salam one malaysia!

Tuesday, September 8, 2009

Mesyuarat Berbuka Puasa


09 Sept- Semalam 8 Sept satu mesyarat KRC diadakan bagi mengadakan program berbuka puasa yang akan diadakan pada hari ini. Mesyuarat itu dihadiri oleh pengerusi sendiri En Azihan dan naib pengerusi En Pauzi serta ahli yang lain En Azamy, En Asrol, En Redzuan, En Mazlan, En Nik, En Ady Sulaiman, En Ghazali, En Azam, En Abdullah manakala ahli yang lain tidak hadir tetapi telah membayar yuran ahli serta wang bayaran untuk berbuka puasa. Selepas itu ahli-ahli telah berkonvoi pendek ke Damar Kopitiam Restoran untuk menempah tempat dan pakej jamuan berbuka puasa. Insyaallah majlis ini akan berjalan lancar dengan keberkatan daripada Allah SWT. Amin....

Monday, September 7, 2009

Majlis Berbuka Puasa

08 Sept=Hari ini masih lagi berpuasa masuk hari ke-18 berpuasa. Aktiviti pemotoran- pada hari Ahad lepas tiga empat ahli KRC, Cikgu Mie, Cikgu Zam, Cikgu Nik dan En Asrol berjumpa di tasik sambil borak-borak tentang dunia pemotoran, sebelum tu ahli KRC bertemu dalam mesyuarat untuk mengadakan majlis Berbuka puasa pada hari Rabu iaitu esok 9 September dan hari ini akan diadakan pertemuan untuk para ahli bertemu untuk memungut wang pakej jamuan berbuka puasa yang akan diadakan di Damar Kopitiam Restoran. Diminta semua ahli hadir pada hari ini dan berharapkan majlis tersebut akan berjaya diadakan demi untuk kebaikkan para ahli. Hidup KRC! "Riding is Forever and Freedom is live behind bars"

Monday, August 31, 2009

Cadangan KRC mengadakan Majlis Berbuka Puasa

1 Sept- Cadangan S/U KRC kepada Pengerusi KRC untuk mengadakan satu majlis berbuka puasa pada bulan Ramadan ini telah dipersetujui olehnya dan akan dibawa dalam perbincangan yang akan diadakan dalam masa terdekat. Aktiviti ini dianggap satu aktiviti yang baik bagi mengeratkan silaturahim sesama ahli khususnya dalam bulan yang mulia ini dan dalam majlis itu juga para ahli akan dapat berbincang untuk perlaksanaan aktiviti yang seterusnya. Setakat ini belum menerima apa-apa respon daripada ahli yang lain dan diharapkan mesyuarat yang akan diadakan nanti semua ahli akan bersetuju untuk mengadakan majlis tersebut demi kebaikkan semua ahli samada dunia mahupun akhirat dan S/U berharap semoga program ini akan berjaya dan memberi menafaat kepada semua ahli dan mendapat keberkatan dari Allah SWT. Amin

Thursday, August 27, 2009

Gambar-gambar aktiviti KRC



27 Ogos- Ini adalah gambar-gambar aktiviti KRC 2009

Tuesday, August 25, 2009

KRC berehat sejenak ahli ada hal masing-masing

26 Ogos- Hari ini KRC berehat sejenak ahlinya masing-masing ada kerja, maklumlah bulan puasa. Kami Guru,sekarang sedang menghadapi peperiksaan PTK. Lepas ini relek saja tunggu sekolah buka minggu depan, sekarang masih dikira bercutilah. Bagi ahli-ahli KRC yang lain ada yang berkerja dan urusan keluarga masing-masing. Setakat ini tidak jumpa lagi sesama ahli mula bulan puasa lagi. Agak boring jugak kerana tidak ada sebarang aktiviti. Biarpun begitu penulis harap semua ahli berada dalam keadaan sihat sejahtera menjelang aidil Fitril tak lama lagi. ok salam semua! see u later!

Sunday, August 23, 2009

SELAMAT BERPUASA KEPADA KRC


24 OGOS- Penulis Blog mengucapkan selamat berpuasa untuk semua ahli KRC, dan sepanjang bulan puasa ini aktiviti KRC akan berhenti untuk seketika, walaupun begitu Blog KRC akan terus dapat ditatap oleh ahli KRC kerana penulis walaupun puasa akan terus menulis berita semasa KRC, penerbitan Buletin KRC juga akan diteruskan untuk tatapan ahli KRC. Diharapkan ahli-ahli KRC akan dapat berpuasa dengan jayanya. Blog ini akan sentiasa dikemaskini dengan memasukkan gambar-gambar aktiviti yang lepas disamping dimuatkan dengan informasi dan maklumat terkini dalam bidang pemotoran. ok Selamat berpuasa dan berhari raya untuk semua ajk KRC!

Saturday, August 22, 2009

Lawatan MBC Ke KRC Jemputan Muhibah

















23 Ogos- Pada Jumaat yang lepas 21 Ogos, KRC telah mengadakan jamuan makan Ayam Bakar dan menjemput MBC untuk datang bertandang dan memeriahkan lagi majlis yang diadakan khas untuk mereka sebagai tanda berterima kasih kerana bersama-sama KRC mengadakan konvoi ke Kuala Trengganu pada 14 Ogos yang lalu. Bantuan dan kerjasama mereka amatlah dihargai kerana konvoi pertama KRC telah berjaya diadakan berkat bantuan mereka. Seramai 30 bikers MBC menghadiri majlis tersebut pada jam 5 petang. Dalam majlis tersebut pengerusi KRC mengucapkan ribuan terima kasih kepada MBC kerana sudi datang menjenguk KRC. Diharapkan kerjasama MBC dan KRC akan terus berkekal;an dan kami telah merancang akan mengadakan beberapa siri konvoi pada masa akan datang selepas Hari Raya Puasa ini. Selamat Berpuasa untuk KRC dan MBC.

Tuesday, August 18, 2009

Apakah persiapan sebelum berkonvoi?

Berkonvoi adalah sangat menyeronokkan, tambahan pula bila kita dengar dentuman engin dari pelbagai jenis motor besar, ianya amat mengujakan, tapi adakah anda tahu apakah persiapan yang perlu diberi perhatian agar suasana berkonvoi akan lebih meriah dan menjamin keselamatan ketika menunggang motor di atas jalanraya? Di bawah ini ada beberapa aspek penting yang harus diberi perhatian oleh semua bikers.

MOTOR

1. Pastikan motorsikal anda dalam keadaan baik iaitu enjinnya tidak bermasalah, senang dihidupkan dan diselanggara dengan baik, check minyak hitamnya, plug berjalan dengan baik, baterinya elok, kalau kurang tambahkan airnya, periksa tekanan angin tayar, jangan lebih, jangan kurang, timbang tayar , buat alignment tayar depan/belakang, pastikan rantai, belt atau kaplin elok, diminyakkan dan sebagainya, yang paling penting brek mesti ok, check kabel cluth, kabel brek, check pendawaian kalau-kalau ada wayar yang hampir putus, pastikan lampu hadapan belakang nyala sepenuhnya dan sebagainya dan yang terakhir pastikan ada minyak dalam tangki penuh.

ANDA

1,
Anda sendiri juga perlu persiapan rapi sebelum berkonvoi samada dari segi mental atau fizikal. dari segi mental anda telah bersedia dengan fikiran terbuka untuk mengikuti konvoi, jangan adamemikirkan masalah peribadi atau keluarga bila menunggang kerana ia menganggu perhatian anda ketika menunggang dan ini amat berbahaya. Jangan menunggang dalam keadaan tertekan, takut, tidak yakin dan marah.

2. Dari segi fizikal pula, pastikan anda memakai pakaian sesuai apabila berkonvoi, pakai selengkapnya, pakai sarung tangan, seluar panjang, berkasut kulit, ada pelapit keselamatan pada bahu, lutut dan memakai topi keledar yang diluluskan oleh sirim, pakai topi keledar dengan diikat kemas, bercermin(visor) atau berkacamata dan yang terakhir patuhilah undang-undang di jalanraya semoga anda selamat.

PERATURAN BERKONVOI


19 OGOS-Dalam perjalanan konvoi rasmi KRC KELAJUAN bukan faktor utama sebaliknya KESELAMATAN adalah faktor yang harus diutamakan. Menunggang secara berkumpulan/berkonvoi sememangnya memberikan lebih keseronokan dan kepuasan. akan tetapi boleh menjadi bahaya jika seseorang itu tidak biasa menunggang secara berkumpulan. Sila patuhi panduan jika anda berhasrat untuk menyertai aktiviti menunggang KRC.


1. Sentiasa dengar dan peka dengan maklumat yang disampaikan oleh penganjur/marshall ketika sesi taklimat diadakan. Ini adalah sangat penting kerana segala tempat berhenti rehat, mengisi minyak, jarak tunggangan serta makan dan minum akan diberitahu ketika taklimat. Ini adalah untuk mengelakkan pertanyaan berulang-kali dilakukan kepada penganjur/marshall kerana penganjur/marshall juga mempunyai tugas yang berat menanti dan perlu fokus didalam perjalanan.

2. Pengurusan masa hendaklah tepat. Tiba awal di tempat permulaan. Dengan ini jadual perjalanan tidak akan terganggu, serta kita juga tidak perlu berkejar-kejaran untuk mengejar masa yang terlepas dan ini juga bermakna tunggangan akan menjadi lebih selamat.

3. Sentiasa bersedia, (seperti pengakap) sarung tangan dan helmet dipakai, kunci berada di posisi "ignition" apabila marshall berada diatas motorsikal beliau. Ini membuatkan keseluruhan konvoi bergerak lancar dan sekata serta tiada ruang jarak yang terlalu jauh (konvoi terputus). Ini juga termasuk apabila tempoh waktu berhenti rehat yang diberi tamat, memandangkan menunggu ahli konvoi yang lewat bersedia dibawah matahari terik dengan helmet bertutup penuh dan juga sarung tangan serta jaket tebal amat menyeksakan dan akan menghilangkan keseronokan berkonvoi. Seseorang marshall yang bagus akan memberi isyarat sebelum mula bergerak, kebiasaannya dengan hon atau siren (pendek)

4. Sentiasa jaga jarak antara penunggang yang lain. Jangan berkumpul dengan rapat dan menjadikan kumpulan konvoi terlalu padat. Berikan ruang yang selesa. Jangan risau kerana anda tidak akan ditinggalkan bersendirian dibelakang.

5. Jika anda perlu memotong rakan anda sila gunakan lorong sebelah kanan dengan memberi ruang dan isyarat yang mencukupi.

6. Biarkan rakan anda memotong dengan selamat kenderaan dihadapan sebelum anda mengambil kedudukan bersedia memotong

7. Jika anda terpaksa berhenti (tidak berjadual)/kecemasan sila letak motorsikal anda ditepi bahu jalan (kawasan lapang) serta letak motorsikal dengan baik dan jarak yang tidak terlalu rapat dan tidak mengganggu lalu lintas.

8. Tiada marshall MBC yang dibenarkan untuk menggunakan siren sewaktu menunggang untuk mengejar/menghalau kenderaan lain. (menyalahi undang-undang)

9. Tiada marshall MBC diberi kuasa untuk menahan/memberhentikan lalu-lintas di lampu isyarat/simpang. Kita TIDAK berkuasa untuk melakukan perkara tersebut. Sentiasa beringat dan selamat

10. Jika kenderaan di belakang mengekori terlalu rapat dan mengganggu berikan laluan untuk ia memotong melepasi konvoi.

11. Jika seseorang penunggang baru tidak mampu mengikut kelajuan konvoi maka dia seharusnya menunggang motorsikal dia dengan kelajuan yang dirasakan sesuai. sweeper/last man akan bersama kamu sepanjang perjalanan dan akan berkumpul semula dengan konvoi dihentian seterusnya.

12. Sila pastikan anda sentiasa berada dalam kumpulan konvoi terutama sekali ketika melalui pekan/bandar yang asing bagi anda.

13 Pada masa tertentu dan jalan yang elok marshall yang baik akan membenarkan anda menunggang mengikut kelajuan anda sendiri untuk menikmati selekoh dan bermesra dengan trottle. TETAPI anda perlu ingat JANGAN berlumba sesama sendiri. Penunggang akan berkumpul semula diperhentian seterusnya.

14. Jika anda terpaksa berhenti cemas tanpa pengetahuan marshall dihadapan, sila berikan isyarat kepada sweeper dan beliau akan membantu anda. Seluruh kumpulan konvoi hendaklah meneruskan perjalanan sehingga marshall sedar akan penunggang yang hilang dari kumpulan.

15. Jika anda adalah jenis yang memerlukan masa lebih panjang untuk berehat/melegakan diri sewaktu konvoi berhenti rehat sila letakkan motorsikal anda dikawasan yang mudah dilihat dimana kebanyakkan penunggang lain dapat lihat. Kita mempunyai kes dimana peserta konvoi tercicir kerana beliau meletakkan motorsikal beliau dibelakang tandas.jauh dari pandangan orang ramai.

16. Pastikan anda menyediakan kelengkapan menunggang untuk cuaca hujan kerana konvoi KRC tidak takut dengan hujan OK SELAMAT BERKONVOI!

Monday, August 17, 2009

Mesyuarat AJK bincang lawatan MBC Melor


18 Ogos- Semalam kami AJK KRC telah mengadakan satu mesyuarat berbincang tentang lawatan MBC Melor ke Kuala Krai pada hari Jumaat ini dan pada hari itu juga kami akan mengadakan jamuan untuk mereka dan ahli-ahli KRC sebagai tanda berterima kasih kami di atas kerjasama mereka membimbing kami semasa berkonvoi ke Kuala Trengganu baru-baru ini. Majlis Bakar Ayam tersebut akan di adakan jam 3.00 petang bertempat di Kedai Laloh. Kami difahamkan seramai 30 ahli MBC Melor akan hadir bersama motor masing-masing. Insyaallah majlis ini akan berjalan lancar berkat kerjasama para ahli. Semangat ini akan diteruskan untuk masa-masa akan datang. "Riding is Forever, Freedom is live behind bars" Hidup KRC!

Sunday, August 16, 2009

Salam Pengenalan


16 Ogos-Assalamualaikum salam untuk semua ahli KRC, blog kita yang pertama telah diwujudkan pada hari ini