Tuesday, August 18, 2009

Apakah persiapan sebelum berkonvoi?

Berkonvoi adalah sangat menyeronokkan, tambahan pula bila kita dengar dentuman engin dari pelbagai jenis motor besar, ianya amat mengujakan, tapi adakah anda tahu apakah persiapan yang perlu diberi perhatian agar suasana berkonvoi akan lebih meriah dan menjamin keselamatan ketika menunggang motor di atas jalanraya? Di bawah ini ada beberapa aspek penting yang harus diberi perhatian oleh semua bikers.

MOTOR

1. Pastikan motorsikal anda dalam keadaan baik iaitu enjinnya tidak bermasalah, senang dihidupkan dan diselanggara dengan baik, check minyak hitamnya, plug berjalan dengan baik, baterinya elok, kalau kurang tambahkan airnya, periksa tekanan angin tayar, jangan lebih, jangan kurang, timbang tayar , buat alignment tayar depan/belakang, pastikan rantai, belt atau kaplin elok, diminyakkan dan sebagainya, yang paling penting brek mesti ok, check kabel cluth, kabel brek, check pendawaian kalau-kalau ada wayar yang hampir putus, pastikan lampu hadapan belakang nyala sepenuhnya dan sebagainya dan yang terakhir pastikan ada minyak dalam tangki penuh.

ANDA

1,
Anda sendiri juga perlu persiapan rapi sebelum berkonvoi samada dari segi mental atau fizikal. dari segi mental anda telah bersedia dengan fikiran terbuka untuk mengikuti konvoi, jangan adamemikirkan masalah peribadi atau keluarga bila menunggang kerana ia menganggu perhatian anda ketika menunggang dan ini amat berbahaya. Jangan menunggang dalam keadaan tertekan, takut, tidak yakin dan marah.

2. Dari segi fizikal pula, pastikan anda memakai pakaian sesuai apabila berkonvoi, pakai selengkapnya, pakai sarung tangan, seluar panjang, berkasut kulit, ada pelapit keselamatan pada bahu, lutut dan memakai topi keledar yang diluluskan oleh sirim, pakai topi keledar dengan diikat kemas, bercermin(visor) atau berkacamata dan yang terakhir patuhilah undang-undang di jalanraya semoga anda selamat.

No comments:

Post a Comment