Monday, August 31, 2009

Cadangan KRC mengadakan Majlis Berbuka Puasa

1 Sept- Cadangan S/U KRC kepada Pengerusi KRC untuk mengadakan satu majlis berbuka puasa pada bulan Ramadan ini telah dipersetujui olehnya dan akan dibawa dalam perbincangan yang akan diadakan dalam masa terdekat. Aktiviti ini dianggap satu aktiviti yang baik bagi mengeratkan silaturahim sesama ahli khususnya dalam bulan yang mulia ini dan dalam majlis itu juga para ahli akan dapat berbincang untuk perlaksanaan aktiviti yang seterusnya. Setakat ini belum menerima apa-apa respon daripada ahli yang lain dan diharapkan mesyuarat yang akan diadakan nanti semua ahli akan bersetuju untuk mengadakan majlis tersebut demi kebaikkan semua ahli samada dunia mahupun akhirat dan S/U berharap semoga program ini akan berjaya dan memberi menafaat kepada semua ahli dan mendapat keberkatan dari Allah SWT. Amin

Thursday, August 27, 2009

Gambar-gambar aktiviti KRC



27 Ogos- Ini adalah gambar-gambar aktiviti KRC 2009

Tuesday, August 25, 2009

KRC berehat sejenak ahli ada hal masing-masing

26 Ogos- Hari ini KRC berehat sejenak ahlinya masing-masing ada kerja, maklumlah bulan puasa. Kami Guru,sekarang sedang menghadapi peperiksaan PTK. Lepas ini relek saja tunggu sekolah buka minggu depan, sekarang masih dikira bercutilah. Bagi ahli-ahli KRC yang lain ada yang berkerja dan urusan keluarga masing-masing. Setakat ini tidak jumpa lagi sesama ahli mula bulan puasa lagi. Agak boring jugak kerana tidak ada sebarang aktiviti. Biarpun begitu penulis harap semua ahli berada dalam keadaan sihat sejahtera menjelang aidil Fitril tak lama lagi. ok salam semua! see u later!

Sunday, August 23, 2009

SELAMAT BERPUASA KEPADA KRC


24 OGOS- Penulis Blog mengucapkan selamat berpuasa untuk semua ahli KRC, dan sepanjang bulan puasa ini aktiviti KRC akan berhenti untuk seketika, walaupun begitu Blog KRC akan terus dapat ditatap oleh ahli KRC kerana penulis walaupun puasa akan terus menulis berita semasa KRC, penerbitan Buletin KRC juga akan diteruskan untuk tatapan ahli KRC. Diharapkan ahli-ahli KRC akan dapat berpuasa dengan jayanya. Blog ini akan sentiasa dikemaskini dengan memasukkan gambar-gambar aktiviti yang lepas disamping dimuatkan dengan informasi dan maklumat terkini dalam bidang pemotoran. ok Selamat berpuasa dan berhari raya untuk semua ajk KRC!

Saturday, August 22, 2009

Lawatan MBC Ke KRC Jemputan Muhibah

















23 Ogos- Pada Jumaat yang lepas 21 Ogos, KRC telah mengadakan jamuan makan Ayam Bakar dan menjemput MBC untuk datang bertandang dan memeriahkan lagi majlis yang diadakan khas untuk mereka sebagai tanda berterima kasih kerana bersama-sama KRC mengadakan konvoi ke Kuala Trengganu pada 14 Ogos yang lalu. Bantuan dan kerjasama mereka amatlah dihargai kerana konvoi pertama KRC telah berjaya diadakan berkat bantuan mereka. Seramai 30 bikers MBC menghadiri majlis tersebut pada jam 5 petang. Dalam majlis tersebut pengerusi KRC mengucapkan ribuan terima kasih kepada MBC kerana sudi datang menjenguk KRC. Diharapkan kerjasama MBC dan KRC akan terus berkekal;an dan kami telah merancang akan mengadakan beberapa siri konvoi pada masa akan datang selepas Hari Raya Puasa ini. Selamat Berpuasa untuk KRC dan MBC.

Tuesday, August 18, 2009

Apakah persiapan sebelum berkonvoi?

Berkonvoi adalah sangat menyeronokkan, tambahan pula bila kita dengar dentuman engin dari pelbagai jenis motor besar, ianya amat mengujakan, tapi adakah anda tahu apakah persiapan yang perlu diberi perhatian agar suasana berkonvoi akan lebih meriah dan menjamin keselamatan ketika menunggang motor di atas jalanraya? Di bawah ini ada beberapa aspek penting yang harus diberi perhatian oleh semua bikers.

MOTOR

1. Pastikan motorsikal anda dalam keadaan baik iaitu enjinnya tidak bermasalah, senang dihidupkan dan diselanggara dengan baik, check minyak hitamnya, plug berjalan dengan baik, baterinya elok, kalau kurang tambahkan airnya, periksa tekanan angin tayar, jangan lebih, jangan kurang, timbang tayar , buat alignment tayar depan/belakang, pastikan rantai, belt atau kaplin elok, diminyakkan dan sebagainya, yang paling penting brek mesti ok, check kabel cluth, kabel brek, check pendawaian kalau-kalau ada wayar yang hampir putus, pastikan lampu hadapan belakang nyala sepenuhnya dan sebagainya dan yang terakhir pastikan ada minyak dalam tangki penuh.

ANDA

1,
Anda sendiri juga perlu persiapan rapi sebelum berkonvoi samada dari segi mental atau fizikal. dari segi mental anda telah bersedia dengan fikiran terbuka untuk mengikuti konvoi, jangan adamemikirkan masalah peribadi atau keluarga bila menunggang kerana ia menganggu perhatian anda ketika menunggang dan ini amat berbahaya. Jangan menunggang dalam keadaan tertekan, takut, tidak yakin dan marah.

2. Dari segi fizikal pula, pastikan anda memakai pakaian sesuai apabila berkonvoi, pakai selengkapnya, pakai sarung tangan, seluar panjang, berkasut kulit, ada pelapit keselamatan pada bahu, lutut dan memakai topi keledar yang diluluskan oleh sirim, pakai topi keledar dengan diikat kemas, bercermin(visor) atau berkacamata dan yang terakhir patuhilah undang-undang di jalanraya semoga anda selamat.

PERATURAN BERKONVOI


19 OGOS-Dalam perjalanan konvoi rasmi KRC KELAJUAN bukan faktor utama sebaliknya KESELAMATAN adalah faktor yang harus diutamakan. Menunggang secara berkumpulan/berkonvoi sememangnya memberikan lebih keseronokan dan kepuasan. akan tetapi boleh menjadi bahaya jika seseorang itu tidak biasa menunggang secara berkumpulan. Sila patuhi panduan jika anda berhasrat untuk menyertai aktiviti menunggang KRC.


1. Sentiasa dengar dan peka dengan maklumat yang disampaikan oleh penganjur/marshall ketika sesi taklimat diadakan. Ini adalah sangat penting kerana segala tempat berhenti rehat, mengisi minyak, jarak tunggangan serta makan dan minum akan diberitahu ketika taklimat. Ini adalah untuk mengelakkan pertanyaan berulang-kali dilakukan kepada penganjur/marshall kerana penganjur/marshall juga mempunyai tugas yang berat menanti dan perlu fokus didalam perjalanan.

2. Pengurusan masa hendaklah tepat. Tiba awal di tempat permulaan. Dengan ini jadual perjalanan tidak akan terganggu, serta kita juga tidak perlu berkejar-kejaran untuk mengejar masa yang terlepas dan ini juga bermakna tunggangan akan menjadi lebih selamat.

3. Sentiasa bersedia, (seperti pengakap) sarung tangan dan helmet dipakai, kunci berada di posisi "ignition" apabila marshall berada diatas motorsikal beliau. Ini membuatkan keseluruhan konvoi bergerak lancar dan sekata serta tiada ruang jarak yang terlalu jauh (konvoi terputus). Ini juga termasuk apabila tempoh waktu berhenti rehat yang diberi tamat, memandangkan menunggu ahli konvoi yang lewat bersedia dibawah matahari terik dengan helmet bertutup penuh dan juga sarung tangan serta jaket tebal amat menyeksakan dan akan menghilangkan keseronokan berkonvoi. Seseorang marshall yang bagus akan memberi isyarat sebelum mula bergerak, kebiasaannya dengan hon atau siren (pendek)

4. Sentiasa jaga jarak antara penunggang yang lain. Jangan berkumpul dengan rapat dan menjadikan kumpulan konvoi terlalu padat. Berikan ruang yang selesa. Jangan risau kerana anda tidak akan ditinggalkan bersendirian dibelakang.

5. Jika anda perlu memotong rakan anda sila gunakan lorong sebelah kanan dengan memberi ruang dan isyarat yang mencukupi.

6. Biarkan rakan anda memotong dengan selamat kenderaan dihadapan sebelum anda mengambil kedudukan bersedia memotong

7. Jika anda terpaksa berhenti (tidak berjadual)/kecemasan sila letak motorsikal anda ditepi bahu jalan (kawasan lapang) serta letak motorsikal dengan baik dan jarak yang tidak terlalu rapat dan tidak mengganggu lalu lintas.

8. Tiada marshall MBC yang dibenarkan untuk menggunakan siren sewaktu menunggang untuk mengejar/menghalau kenderaan lain. (menyalahi undang-undang)

9. Tiada marshall MBC diberi kuasa untuk menahan/memberhentikan lalu-lintas di lampu isyarat/simpang. Kita TIDAK berkuasa untuk melakukan perkara tersebut. Sentiasa beringat dan selamat

10. Jika kenderaan di belakang mengekori terlalu rapat dan mengganggu berikan laluan untuk ia memotong melepasi konvoi.

11. Jika seseorang penunggang baru tidak mampu mengikut kelajuan konvoi maka dia seharusnya menunggang motorsikal dia dengan kelajuan yang dirasakan sesuai. sweeper/last man akan bersama kamu sepanjang perjalanan dan akan berkumpul semula dengan konvoi dihentian seterusnya.

12. Sila pastikan anda sentiasa berada dalam kumpulan konvoi terutama sekali ketika melalui pekan/bandar yang asing bagi anda.

13 Pada masa tertentu dan jalan yang elok marshall yang baik akan membenarkan anda menunggang mengikut kelajuan anda sendiri untuk menikmati selekoh dan bermesra dengan trottle. TETAPI anda perlu ingat JANGAN berlumba sesama sendiri. Penunggang akan berkumpul semula diperhentian seterusnya.

14. Jika anda terpaksa berhenti cemas tanpa pengetahuan marshall dihadapan, sila berikan isyarat kepada sweeper dan beliau akan membantu anda. Seluruh kumpulan konvoi hendaklah meneruskan perjalanan sehingga marshall sedar akan penunggang yang hilang dari kumpulan.

15. Jika anda adalah jenis yang memerlukan masa lebih panjang untuk berehat/melegakan diri sewaktu konvoi berhenti rehat sila letakkan motorsikal anda dikawasan yang mudah dilihat dimana kebanyakkan penunggang lain dapat lihat. Kita mempunyai kes dimana peserta konvoi tercicir kerana beliau meletakkan motorsikal beliau dibelakang tandas.jauh dari pandangan orang ramai.

16. Pastikan anda menyediakan kelengkapan menunggang untuk cuaca hujan kerana konvoi KRC tidak takut dengan hujan OK SELAMAT BERKONVOI!

Monday, August 17, 2009

Mesyuarat AJK bincang lawatan MBC Melor


18 Ogos- Semalam kami AJK KRC telah mengadakan satu mesyuarat berbincang tentang lawatan MBC Melor ke Kuala Krai pada hari Jumaat ini dan pada hari itu juga kami akan mengadakan jamuan untuk mereka dan ahli-ahli KRC sebagai tanda berterima kasih kami di atas kerjasama mereka membimbing kami semasa berkonvoi ke Kuala Trengganu baru-baru ini. Majlis Bakar Ayam tersebut akan di adakan jam 3.00 petang bertempat di Kedai Laloh. Kami difahamkan seramai 30 ahli MBC Melor akan hadir bersama motor masing-masing. Insyaallah majlis ini akan berjalan lancar berkat kerjasama para ahli. Semangat ini akan diteruskan untuk masa-masa akan datang. "Riding is Forever, Freedom is live behind bars" Hidup KRC!

Sunday, August 16, 2009

Salam Pengenalan


16 Ogos-Assalamualaikum salam untuk semua ahli KRC, blog kita yang pertama telah diwujudkan pada hari ini