Tuesday, August 17, 2010
Bulan Puasa Stop kejap aktiviti
Pada bulan ni stop kejap aktiviti KRc, tapi adalah perjumpaan kecil sesama ahli berbincang pasal nak buat majlis buka puasa tidak lama lagi
Monday, June 7, 2010
Belarak-Konvoi Motor Kuasa Tinggi
8 Jun- Pada Hari Ahad lepas KRC telah menyertai belarak Pengantin ke rumah Cikgu Zam, seorang ahli KRC. Seramai 12 buah moto mengiringi pengantin lelaki dan konvoi belarak tersebut telah di kawal oleh seorang polis trafik En Sarudi, di sana kami ahli KRc telah menjamu selera nasi gulai kahwin, selepas itu 2 orang ahli telah berkaroeke iaitu abah fauzi dengan En Yong. Kami berlepas pulang ke destinasi masing2 jam 3.30 petang dalam keadaan hujan renyai-renyai. Akhir kata Hidup KRC selama-lama 1 Malaysia!
Friday, May 14, 2010
Konvoi ke Bikes Day and Motor Exhibitions
15c Mei- Semalam , Jumaat petang jam 3.00 petang Ahli KRC seramai lima orang, Cikgu Mie, En Mazlan, En Yie, En Radzuan dan En Asrol telah berkonvoi ke Kota Bharu untuk melawat pameran motor yang diadakan di Stadium Sultan Mohd 4 Kota Bharu, Kami sampai di Kota Bahru Jam 4.10 petang dan minum sekejap kat stadium kemudian melawat pameran motor Harley Davidson serta menonton aktiviti permotoran seperti perlumbaan moto mini dan kereta kerangka, lepas itu melawat ke gerai-gerai pameran serta jualan. Bertolak balik jam 6.00 petang dan sampai di Kuala Krai jam 7.30 malam.
Sunday, April 25, 2010
Mesyuarat KRC di Sri Thai Restoran
25 April- Hari Jumaat lepas jam 5.00 KRC telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan aktiviti pemotoran iaitu konvoi yang akan diadakan ke Tasik Kenyir pada 1 Mei ini sempena cuti Hari Perkerja. Seramai Lapan orang ahli yang hadir. KRC bercadang ingin melakukan aktiviti berkonvoi secara solo, hanya ahli kelab sahaja yang menyertai tanpa kelab motor yang lain.
Tuesday, March 23, 2010
Pengerusi KRC Baru
24 MacE- Semalam satu mesyuarat di adakan di Damar Restoran. Dalam mesyuarat tersebut KRC telah melantik pengerusi baru selepas pengerusi lama Cikgu Zehan telah menarik diri selepas menjual motornya. En Ady Sulaiman telah dilantik sebagai pengerusi baru dibantu oleh En Sopian sebagai bendahari. Semua ajk bersetuju dengan perlantikkan tersebut. Kami merasa sungguh sedih kerana seorang pengerusi yang berkaliber menarik diri di saat KRC mula berkembang, walaubagaimana pun semua ahli memahami masalah yang dihadapinya dan kami berharap Cikgu Zehan akan join balik kelab KRC semula apabila beliau membeli moto baru, mungkin Superbike atau Vulcan 800 Classic. Motor adalah santapan jiwa kita, tak ada motor, tak bunyi ejos, tak bunyi ejos jiwa rasa kosong, kita adalah bikers, puas bang takdok motor, harap KRC terus maju dan dapat menjalankan pelbagai aktiviti untuk kebaikkan dan kepuasan semua ahlinya " Majuuuuu...KRC"
Sunday, March 7, 2010
JEMPUTAN MAULIDURASUL KE RUMAH CIKGU AZAMY

5 Mac- Pada hari Jumaat lalu, KRC telah dijemput untuk majlis Maulidurasul yang diadakan di rumah Setiausaha KRC, Cikgu Azamy pada sebelah petang Jumaat. Semua ahli berkumpul di Damar Restoran pada jam 3.00 petang dan bertolak jam 3.30 petang, sampai jam 3.45 petang. Seramai 10 orang ahli hadir dan diraikan dengan jamuan nasi. KRC bertolak pulang jam 4.45 petang melalui RKT Mengkebang menghala ke Lebuhraya Kuala Krai Gua Mujsang dan terus ke Kuala Krai, sekian, selamat maju jaya KRC
Saturday, February 27, 2010
Jemputan Kenduri Ke Rumah Ustaz Rosdie
27 Feb. Pada hari jumaat lepas 26 Feb KRC telah dijemput untuk jamuan Maulidurasul ke rumah salah seorang Ahli KRC iaitu Ustaz Rosdie, Seramai 12 orang telah menyertai konvoi ke Sg mengkuang untuk jamuan tersebut, Kami KRC bertolak dari Damar Restoran Jam 3.30 petang dan sampai jam 4.00 petang. Bertolak balik jam 5.15 petang dan sampai di Kuala Krai Jam 5.45 petang. Suasana konvoi dalam keadaan tenang dan selamat. Maju jaya untuk KRC!
Tuesday, February 23, 2010
Kelantan Bike Week
Saturday, February 6, 2010
Ride to Cameron Highland
Monday, January 25, 2010
Pertemuan Mingguan Di Damar Kopitiam
26 Januari- Hari ini ada pertemuan para ahli untuk berbincang sesama ahli untuk program berkonvoi ke Cameron Highland, pertemuan akan diadakan di Damar Kopitiam Restoran pada pukul jam 5.30 petang. Diharap[kan semua ahli akan hadir pada hari ini, demi kejayaan program yang telah dirancangkan.
Sunday, January 17, 2010
Mesyuarat Konvoi ke Cameron Highland
18 Jan- Satu mesyuarat diadakan di Damar Kopitiam pada selasa minggu lepas bagi menetapkan ahli yang akan berkonvoi ke Cameron Highland pada 29 dan 30 Jan ini yang dihadiri oleh Pengerusi sendiri Cikgu Han, S/U Cikgu Mie, bendahari En Asrol , En Duan, En Sufian, Cikgu Zam dan naib pengerusi En. Fauzi. seramai lima orang sahaja ahli yang dapat pergi iaitu Cikgu Han, En. Fauzi, En. Asrol , Cikgu Zam dan En Duan manakala yang lain belum pasti lagi
Wednesday, November 11, 2009
Aktiviti Pertemuan Biasa Sambil Minum
12 November- KRC sekarang tengah berehat kerana hujan dan aktiviti konvoi terpaksa rehat. Ahli Krc cuma bertemu untuk berbincang tentang motor sahaja Setiap hari selasa setiap minggu ada pertemuan pada jam 5.00 petang. Ada permohonan dari rider baru untuk menjadi ahli KRC. masih dalam perbincangan. Mesyuarat Kelantan Bikers telah diadakan di Pasir Mas yang dihadiri oleh wakil KRC iaitu Abah Zie dan Poknik pada hari Jumaat yang lalu.
Saturday, October 17, 2009
Berkonvoi ke Pantai Sri Tujuh Tumpat dan Rantau Panjang
16 Okt- KRC telah mengadakan aktiviti berkonvoi ke pantai Sri Tujuh yang disertai oleh 10 orang ahlinya.Kami bertolak jam 7.45 pagi Dalam perjalanan moto Abe lie Ktm meragam dan terpaksa berpatah balik, begitu juga dalam perjalanan balik moto Abe Yong telah bocor dan dapat diperbaiki dekat Nilam Puri. Suasana konvoi dalam keadaan tenang dan pada kelajuan yang rendah kerana tidak mahu ahli-ahli lain ketinggalan disebabkan tidak mampu mengejar motor yang lebih besar. Di Tumpat kami hanya minum dan terus ke Rantau Panjang. Di sini kami sempat meronda-ronda dan membeli belah. kami bertolak balik jam 3 petang dan sempat menjamu selera di kenduri saudara Abe Fauzi di Machang dan sampai di Kuala Krai jam 6.30 petang. Banyak pengalaman yang dikutip dalam perjalanan ini yang penuh rasa keperitan kepanasan cuaca sehingga suhunya mencecah 36 darjah celcius dan kami bermandi peluh setiap masa.
Tuesday, October 13, 2009
Mesyuarat KRC Bincang Konvoi
14 Oktober- Satu mesyuarat telah diadakan hari ini jam5.30 tentang aktiviti konvoi. Pada mulanya KRC nak berkonvoi ke Cameron Highland tetapi terpaksa dibatalkan kerana musim sekarang sedang hujan lebat di Cameron, jadi kami sepakat berubah haluan konvoi ke Pantai Sri Tujuh, Tumpat dan ke tempat lain dengan slogan "Berkonvoi Menjelajah Kelantan"
Tuesday, October 6, 2009
KRC bermesyuarat berkonvoi ke Cameron Highland
06 Oktober, seramai 8 orang ahli kRC telah bermesyuarat di tempat biasa jam 5 petang hari ini untuk membincangkan program berkonvoi ke Cameron Highland pada 16 Oktober ini. Semua ahli bersetuju menyertainya. Dan mesyuarat kedua sebelum ke Cameron pada hari selasa depan pada tempat dan jam yang sama minggu depan.
Subscribe to:
Posts (Atom)